THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Saturday, July 16, 2011


SELAMAT DATANG KE DUniA IPTA BUAT kawan2 yang melanjutkan pengajian mereka ke bidang yang lebih tinggi....
15 julai merupakan tarikh yang amat bermakna buat aku dan juga kawan2 aku yang lain....
Aku jamin pada tarikh itu juga pelbagai perasaan telah muncul didalam diri kami semua... bagi aku sendirilah... untuk menaip laman web upu.gov.mohe.my ini amatlah berat rasanya.... jiwa ini trtrekan... akal terpikir akan pelbagai perkara.. hati meronta2 ingin menerima kputusan yang dihajati...
jiwa asenye melonjak kegembiraan takkala melihat tulisan TAHNIAH... namun hati merudum kecewa ketika melihat keputusan yang di perolehi tidak seperti apa yang disangka. Namun ucap ALHAMDULILLAH tetap mengunjungi hati ini, hinggalah lidah dan mulut dibahasahi dengan ucap2 kesyukuran. Sememangnya manusia tidak pernah cukup dengan apa yang mereka dapat. Sifat tidak pernah puas hati inilah yang telah membuat aku rasa terkilan kerana tidak mendapat universiti yang aku hajatkan... Namun apa yang ditakdirkan itu ada yang disurat dan disiratkan. Kebaikan pasti akan menunggu sekiranya takdir yang mendatang diterima dengan redha dan rasa rendah diri kepada yang Maha Khaliq dan yang Maha Mengetahui itu. INSYAALLAH. Kini aku mengerti untuk menerima sesebuah kebaikan itu pelbagai halangan mula mendatang satu persatu. Dugaan ini menjengah diri ini secara perlahan-lahan. Hanya kesedaran dan usaha yang di temani dengan tawakal bakal membawa jalan penyelesaian. Bagi hamba yang amat kerdil di hadapan Penciptanya aku mula sedar bahawa saat untuk aku bergembira semakin mendekati noktahnya. Aku perlu cepat sedar agar aku bakal menemui pintu kegembiraan yang lain pula. Kegembiraan yang diredhai ALLAH s.w.t...
Hidup ini ibarat kain kanvas, kita pelukisnya, jika cantik apa yang kita lukis maka cantiklah lukisan itu....

0 comments: